Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Pakatan Pulau Pinang kerana berjaya menunjukan prestasi yang begitu membanggakan selepas mentadbir negeri pulau mutiara itu sejak dua tahun yang lalu.
Hasil negeri
Walaupun Barisan Nasional yang kalah dalam Pilihanraya Umum 2008 cuba untuk menaburkan fitnah bahawa Pakatan tidak mampu tadbir negeri itu dengan baik, namun rakyat akhirnya dapat melihat sendiri bagaimana cekapnya pemerintahan dibawah Pakatan.
Pada 2007, Kerajaan BN mensasarkan Belanjawan 2008 mengalami defisit RM35 juta tetapi sebaik sahaja Kerajaan bertukar kepada Pakatan belanjawan itu mengalami lebihan RM88 juta, iaitu lebihan paling tinggi dalam sejarah Pulau Pinang.
Bagi Belanjawan 2009 pula, anggaran defisit dibuat sebanyak RM40 juta tetapi pemerintahan Pakatan sekali lagi memberikan hasil dengan lebihan RM77 juta.
Peruntukan Untuk Institusi Islam
Pada 2008 peruntukan untuk hal-ehwal Islam yang dibuat oleh Kerajaan BN dalam belanjawan tahun sebelumnya hanya bernilai RM12.5 juta, namun pada pembentangan belanjawan tahun 2008 Kerajaan Pakatan telah menambah kepada RM20.5 juta untuk peruntukan 2009.
Pada pembentangan Belanjawan 2009 peruntukan meningkat lagi kepada RM24.3 juta untuk 2010. Jumlah ini adalah peruntukan tertinggi yang pernah dinikmati oleh intistusi Islam di Pulau Pinang selama ini.
Kerajaan Pakatan juga memberi pengiktirafan kepada para huffaz dengan memberikan peruntukan RM1.5 juta setiap tahun kepada sekolah-sekolah agama rakyat.
Kontraktor Melayu tidak diabaikan
Dakwaan Dewan Perniagaan Melayu Pulau Pinang yang dikuasai Umno bahawa Melayu dipinggirkan dalam agihan projek dinegeri itu adalah tidak benar.
Pada 2008, 78 Kontraktor Melayu, berbanding 35 kontraktor bukan Melayu telah menerima projek melalui sebut harga. Satu kontraktor Melayu dan satu kontraktor bukan Melayu masing-masing telah menerima projek melalui tender terbuka.
Pada 2009, 89 kontraktor Melayu diterima untuk projek melalui sebut harga dan bilangan kontraktor bukan Melayu yang diterima berkurangan kepada 19 syarikat sahaja.
Pada tahun yang sama, projek yang diberi kepada Kontraktor Melayu melalui tender terbuka bertambah kepada 45 syarikat dan bukan Melayu 6 Syarikat.
Peningkatan yang ketara ini membuktikan Kerajaan Pakatan masih menghormati hak kaum Melayu dan tidak menafikan hak kaum lain. Keutamaan pemberian projek adalah bergantung kepada kelayakan, kemampuan dan kesungguhan yang ditunjukan oleh pemohon tanpa mengira kaum mereka.
Inilah bukti kesungguhan, dan iltizam pembangunan yang dilaksanakan hasil dari kepercayaan rakyat dalam Pilihanraya lalu. Pakatan sesekali tidak akan mensia-siakan harapan dan amanah rakyat apabila mentadbir mana-mana negeri.
PAS berharap akan kejayaan ini dapat diteruskan dan rakyat dinegeri berkenaan dapat memberikan keyakinan serta mandat yang berterusan kepada Pakatan untuk penggal yang akan datang.
Ust. Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Mamak Zamry telah mengerahkan pegawai kerajaan dan imam-imam untuk solat hajat di kediaman Menteri Besar Perak pada malam ni. Ayuh kita pergi ramai-ramai. Kita niatkan agar Mamak Zamry dan BN tumbang di Perak. Kita juga percaya, imam yang membimbing bacaan Yaasin dan Solat Hajat nenti juga bersama-sama kita mendoakan kejatuhan Mamak Zamry dan BN di Perak!!!
LAPORAN BERNAMA
Mohd Saiful berkata pukul 4.30 petang, Dr Daniel datang semula kepadanya dan mencadangkan supaya dia membuat laporan polis kerana tanpanya, pemeriksaan tidak boleh dilakukan.
Mohd Saiful berkata dia memang bercadang untuk membuat laporan polis tetapi selepas membuat pemeriksaan.
Mohd Saiful berkata dua anggota polis kemudian datang ke wad itu membawa dua borang untuk membuat laporan polis, tetapi menyatakan dia tidak memanggil mereka datang ke situ.
Mohamed Yusof: Selepas itu ada atau tidak doktor datang periksa?
Mohd Saiful: Tidak ada
Mohamed Yusof: Ada tidak pemeriksaan dilakukan?
Mohd Saiful : Ada tapi malam pukul 9 malam.
Mohamed Yusof : Berapa orang doktor datang?
Mohd Saiful : Saya ingat satu doktor Cina, dua doktor lelaki Melayu, satu doktor perempuan mengandung dan beberapa jururawat.
Mohamed Yusof: Ada orang lain datang?
Mohd Saiful: Ada polis datang, tapi tak ingat masa itu. Tapi lepas kes ini saya ingat, dia pegawai penyiasat kes ini iaitu DSP Jude Pereira.
Mohamed Yusof: Bila doktor datang ada tanya soalan?
Mohd Saiful: Saya ceritakan dari awal saya diliwat. Mereka ingin buat pemeriksaan. Mereka tanya soalan adakah saya dicederakan, ada tanda-tanda di badan.
Kata orang, orang yang berdahi hitam itu tandanya kuat tahajjut dan selalu bermunajat dengan Allah. Pernah satu masa dulu kawan sebilik saya berdahi hitam macam tule. Tapi setahu saya dia tak pernah pun bertahujjut apatah lagi solat. Malah dia adalah kaki pembelit hinggakan saya kawan sebiliknya pun di belitnya!!! Masyaallah, manusia ni selalu tertipu dengan perawakan orang lain. Kerana itu le dalam kes zina ke , liwat ke, kena bawak saksi 4 orang yang nampak betui-betui peristiwa tu seperti nampak tenggelamnya matahari diufuk barat.
KUALA LUMPUR, 2 Feb (Bernama) — Pegawai Khas kepada Perdana Menteri, Datuk Nasir Safar akan meletakkan jawatannya itu berikutan kenyataan berunsur perkauman yang didakwa dibuatnya pada seminar 1Malaysia di Melaka Selasa. Continue Reading »
PULAU PINANG, 1 Feb (Bernama) — Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi mahu Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil tindakan tegas terhadap anggotanya, yang beliau dakwa, cuba memecah-belahkan kerjasama pakatan pembangkang di negeri itu. Continue Reading »
Giliran PKR pula yang akan mengambil tindakan disiplin kepada pimpinan mereka.Bila dah jatuh hukuman jangan ada pula yang kata berat sebelah pulak.
Kita lihat pula DAP, bila pula nak ambil tindakan disiplin exco yang di Kedah tu? Yang tidak kena tindakan disiplin ialah blogger. Silap haribulan kena tahan reman macam Aduka tu. Atau kena buru macam Raja Petra?
SHAH ALAM, 29 Jan (Bernama) — Jawatankuasa Disiplin PAS pada Jumaat memutuskan Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad digantung selama enam bulan daripada jawatannya sebagai Yang Dipertua PAS Shah Alam dan Ahli Lajnah Politik Pusat, berkuatkuasa Jumaat. Continue Reading »
Parti Islam Se-Malaysia (PAS), menyelar tindakan Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang masih enggan membayar wang royalti Kepada Kelantan tetapi memaksa Kelantan menerima wang ehsan bernilai RM 20 juta pada Mac ini.
Pengakuan Kerajaan BN bahawa memang terdapat pengeluaran minyak di Blok PM302 iaitu kawasan perairan bertindih Kelantan-Thailand membuktikan bahawa penafian mereka selama ini adalah satu pembohongan. Dakwaan bahawa wang ehsan diberikan kerana hasil yang diperolehi di Blok PM302 menguatkan lagi bukti ketidak jujuran Mustapha Mohamad kepada rakyat Kelantan. Continue Reading »
Jika diawal isu penggunaan kalimah Allah kita dihebohkan dengan berita pembakaran beberapa gereja, kemudian BN nak gunakan ISA, sekarang beralih pula kepada pembakaran surau dan pelemparan kepala babi dalam perkarangan masjid. Continue Reading »
Ipoh, 26 Jan: Dato Seri Mohamad Nizar Jamaludin hari ini mengesahkan tiada seorang pun Pegawai Khas atau bekas Pegawai Khasnya semasa menjadi Menteri Besar Perak terlibat dalam penangkapan 34 orang oleh SPRM seminggu yang lalu berhubung dengan kes skandal penyeludupan pasir dan rasuah. Continue Reading »
Bila kerajaan Pusat menawarkan kepada MB Kelantan, Tuan Guru Nik Abdul Aziz menduduki jawatankuasa pembahagian wang ehsan petronas, Nik Aziz menolak pelawaan ini. Lantas Mustaffa Muhammad, Pengerusi Perhubungan UMNO Kelantan menempelak Nik Aziz supaya jangan bermain politik. Masaalhnya sekarang siapa yang bermain politik? Continue Reading »
SHAH ALAM: Parti Keadilan Rakyat (PKR) cabang Kuala Selangor yang diketuai Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dianggap “lumpuh” setelah 11 anggota jawatankuasanya yang dipilih serta ketua pemuda dan wanitanya meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan beliau. Continue Reading »
Oleh S.Retnanathan
KUALA LUMPUR, 18 Jan (Bernama) — Perebutan kepimpinan dalam Makkal Sakti, yang berlanjutan tanpa ada tanda-tanda penyelesaian boleh mengheret parti politik yang baru berusia tiga bulan berhadapan dengan tindakan undang-undang, sekaligus menjadikannya tidak relevan bagi kaum India. Continue Reading »

